ARTIKEL

RM19,580 bantu kedi golf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSATUAN Golf Amatur Bumiputera Sarawak berjaya mengutip dana sebanyak RM19,580 bagi membantu kedi yang terjejas teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

Seramai 89 kedi menerima bantuan sebanyak RM220 bagi setiap orang kedi.

Presiden PGABS Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata, dana yang terkumpul sumbangan ahli jawatankuasa dan ahli kelab, Kumpulan 3T, dan dana PGABS.

“Pembayaran sumbangan yang berjaya dilaksanakan setakat 10 April lepas adalah 65 peratus. Bagi kedi yang belum menerima bayaran adalah kedi yang tidak dapat dihubungi serta berada di luar kawasan.

“Kesukaran untuk membayar sumbangan tersebut kerana 30 peratus daripada kedi tersebut tidak mempunyai akaun bank peribadi dan pembayaran melalui orang ketiga adalah tidak dibenarkan,” katanya semasa ditemui Suara Sarawak di Kelab Golf Sarawak pada Ahad.

Irwan berkata, pembayar secara tunai selalunya melalui akaun bank peribadi kedi. Menurutnya, penyerahan wang tunai kepada kedi turut dilakukan mengikut zon masing-masing.

Dalam pada itu, Irwan turut menyatakan perancangan persatuan untuk penambahbaikan pondok rehat pemain golf di KGS Matang dan Santubong.

“Pondok rehat ini akan dibina bersebelahan dengan kantin kelab bagi memudahkan para pemain berehat sambil menikmati makanan dan minuman yang terdapat di kantin kelab,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU