ARTIKEL

Kuong Hiing (tiga kiri) melambaikan tangan ke arah kontinjen yang mengambil bahagian.

RM2.5 juta untuk naik taraf trek larian Kompleks Sukan Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Sebanyak RM2.5 juta bakal diperuntukkan untuk kerja menaik taraf trek larian Kompleks Sukan Bintangor dalam usaha menyediakan prasarana sukan yang lebih baik kepada penduduk di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata projek yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) itu dijangka bermula tidak lama lagi.

Kuong Hiing (berdiri tengah) mengabadikan kenangan bersama guru dan pelajar yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

“Ketika ini, pihak majlis sedang menyiapkan proses dokumentasi berhubung projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Kai Chung ke-60, hari ini.

Kuong Hiing berkata usaha menaik taraf kemudahan itu wajar dilakukan sejajar dengan peranan pentingnya sebagai lokasi utama penganjuran pelbagai acara sukan.

Malah, katanya, Bintangor memerlukan kemudahan sukan bertaraf moden bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat untuk diketengahkan pada peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan, tapak untuk projek kolam renang Bintangor yang bakal dilaksanakan di bawah projek rakyat sudah dikena pasti.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu kelulusan muktamad pihak perancang negeri (STA).

“Saya ada sebut perkara ini dalam DUN dan berharap kementerian memberikan lampu hijau secepat mungkin,” katanya.

Beliau turut menggesa agar rakyat terus bersatu dan bekerjasama bagi memantapkan lagi usaha kerajaan membangunkan Meradong.

BERITA LAIN

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat