ARTIKEL

RM20 juta geran untuk persatuan berdaftar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak RM20 juta diperuntukkan kepada Geran Komuniti (G-Kom) bagi 2019 dan diluluskan sendiri oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa pembentangan bajet lalu.

Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Sarawak (Ros) Georgina Apphia Ngau berkata, peruntukan itu terkandung di bawah Perkara 6 Perenggan 186 bagi memastikan pembangunan seimbang.

“Mana-mana persatuan berdaftar di bawah JPPM layak membuat permohonan,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Sarawak di sini, semalam.

Apphia Ngau berkata, pemberian geran ini merupakan salah satu unsur pendayaupayaan pertubuhan untuk membiayai pelbagai program.

“Antara program tersebut ialah pencegahan jenayah, pembelian peralatan kawalan keselamatan, program pencegahan dadah, program kebersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan serta menjalankan aktiviti komuniti.

“Sebenarnya ia bermatlamat untuk memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” katanya.

Tambahnya, permohonan boleh dibuat secara atas talian iaitu melalui sistem e-Roses.

“Pemohon hendaklah masuk ke sistem tersebut dan mengisi borang yang disediakan.

Kemudiannya, borang itu perlu dicetak dan disah sekurang-kurangnya tiga ahli jawatankuasa persatuan sebelum menghantarnya ke lokasi berdekatan,” ujarnya.

Permohonan dibuka pada 4 Mac lalu hingga 30 September.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira