ARTIKEL

RM23 juta tambah baik kawasan penanaman padi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak tujuh kawasan skim penanaman padi di DUN Opar menerima suntikan dana berjumlah RM23 juta daripada Kerajaan Sarawak.

ADUN Opar, Billy Sujang berkata dana itu disalurkan melalui Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

“Peruntukan ini adalah untuk menambah baik prasarana dan infrastruktur di kawasan skim penanaman padi tersebut.

“Antara kampung tersebut ialah Kampung Jugan, Kampung Rukam, Kampung Sedaing, Kampung Jangkar, Kampung Biawak, Kampung Tebaro dan Kampung Sebako,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat khas Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat.

Projek tersebut dimulakan dengan pembinaan parit konkrit, pembentung serta pembinaan jalan raya yang bakal menjadi akses ke kawasan penanaman padi itu kelak.

“Usaha berterusan Kerajaan Sarawak yang tidak berbelah bahagi ini jelas membuktikan bahawa ia komited dalam memastikan keterjaminan makanan dapat diusahakan di peringkat tempatan terlebih dahulu khususnya dalam pembekalan beras,” tambahnya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)