HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

RM25,000 untuk bina jalan kebun di Sungai Jirak Saratok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KERJA-KERJA pembinaan jalan kebun sepanjang tiga kilometer di Sungai Jirak, Kabo, hari ini.

SARATOK: Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju memperuntukkan RM25,000 bagi membina jalan kebun di Sungai Jirak, Kabo, di sini.

Dalam kenyataan di Facebook rasminya, jalan kebun sepanjang tiga kilometer itu kini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

“Pembinaan jalan ini dilakukan secara bergotong-royong oleh komuniti rumah panjang.

“Dengan siapnya projek ini nanti diharap dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil pertanian di kawasan ini,” katanya.

Tambahnya, ia sekali gus bakal merancakkan aktiviti pertanian serta membuka lebih banyak peluang kepada penduduk setempat memulakan tanaman baharu.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru