ARTIKEL

RM27.12 juta untuk projek sosioekonomi di Song

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan memperuntukkan RM 27.12 juta untuk melaksanakan pelbagai projek sosioekonomi di daerah Song di bawah Rancangan Malaysia Ke – 12.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata sebanyak RM24.9 juta untuk 116 projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan RM1 juta untuk 129 projek di bawah Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS).

“Di samping itu, sejumlah RM1.22 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan sosioekonomi di bawah Agensi Pembangunan Rajang Atas (URDA) termasuk program keusahawanan, program pembangunan, perikanan darat, latihan kemahiran dan program sokongan komuniti untuk isi rumah miskin”, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai bantuan diberikan khusus untuk memberi manfaat kepada golongan miskin pada peringkat mikro di Daerah Song.

Ia adalah untuk menangani isu kemiskinan khususnya di luar bandar termasuk penyediaan infrastruktur dan utiliti asas, pembinaan kapasiti, akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan serta perumahan.

“Sehingga Mac 2024, 739 individu daripada keluarga miskin menerima bantuan kewangan bulanan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah pelbagai skim.

“Antaranya ialah Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM500 sebulan, Bantuan Kanak – Kanak yang berkisar sebanyak RM 150 hingga RM1000 sebulan dan Bantuan Am (BA) sebanyak RM 200 hingga RM 300 serta bantuan – bantuan yang lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Katibas, Lidam Assan berkenaan pengambilan langkah – langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan kemiskinan dalam Daerah Song susulan daerah itu diisytiharkan sebagai salah satu daerah termiskin dalam kerajaan menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2020.

Untuk rekod, menurut statistik kemiskinan eKasih berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 sehingga 15 April 2024, Daerah Song mencatat sebanyak 461 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan 774 KIR miskin.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)