ARTIKEL

Kehadiran Uggah dan isteri menyerikan sambutan majlis ramah tamah Aidilfitri di Spaoh.

RM3 juta untuk dewan baharu di Spaoh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Sebuah dewan baharu bakal dibina di Spaoh untuk manfaat penduduk bagi menyemarakkan aktiviti kemasyarakatan penduduk di kawasan itu.


Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembinaan dewan yang mampu memuatkan 200 meja makan itu dianggarkan menelan kos kira-kira RM3 juta.


“Usaha ini sejajar dengan hasrat kita untuk membawa lebih banyak pembangunan di bahagian Betong.
“Malah, beberapa lagi projek rancak dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.


“Antaranya, Pelabuhan STOL Bebuling, jambatan Paku, Pusat Giat Mara, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan berhampiran STOLport dan Pusat Internet Komuniti,” katanya.


Beliau menambah daerah kecil Spaoh khususnya dan Bahagian Betong amnya mempunyai masa depan yang sangat menarik dan cerah.


“Saya berharap penduduk terus memperkukuh perpaduan agar lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan.


“Kerjasama mereka amat penting bagi memastikan pembangunan berjalan lancar dan sempurna,” katanya.


Pada majlis yang sama beliau turut menyampaikan geran RM50,000 kepada 10 buah surau, manakala masjid Darul Syifa menerima RM200,000.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU