RM30 juta bantu bayar hutang PPTN

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta bagi membantu graduan Sarawak yang menghadapi kesukaran membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan RM30 juta tersebut akan digunakan pada tahun hadapan bagi membantu meringankan mereka.

Katanya, Kerajaan Sarawak berusaha mewujudkan mekanisme yang berkesan untuk membantu mereka dalam proses membayar balik pinjaman PTPTN.

Suara Sarawak