Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

RM3000 denda makan angin tengah malam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PADAH... Ketiga-tiga ketika disoal ppolis ketika berada di Jalan Kampung Nyabor pada waktu PKP dikuatkuasakan.

SIBU: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan polis kerana didapati berkeliaran di pusat bandar ini pada Ahad lalu.
Ketiga-tiga subjek berumur antara 28 hingga 52 tahun dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit hari berkata, ketiga-tiganya ditahan kira-kira jam 11.10 malam ketika pasukan polis peronda MPV mengadakan pemantauan pematuhan PKP di kawasan Pintu Gerbang Sibu, Jalan Kampung Nyabor.
Ketika ditahan, jelas beliau, memberi alasan tidak munasabah.
“Berada di luar rumah pada tengah malam ketika PKP masih dikuatkuasakan satu perbuatan tidak munasabah,” katanya sebentar tadi.
Menurutnya, polis kemudian membawa ketiga-tiganya ke Balai Polis Sentral Sibu dan mengeluarkan kompaun RM1,000 setiap seorang.
“Kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Peraturan Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021.
“Mereka dikehendaki membayar kompaun di Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan,” tambah Stanley.
PADAH… Ketiga-tiga ketika disoal polis ketika berada di Jalan Kampung Nyabor pada waktu PKP dikuatkuasakan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru