ARTIKEL

RM3,000 harga sewa bilik ghaib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki berusia 20-an mengalami kerugian sebanyak RM3,000 akibat penipuan sewaan bilik dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa merupakan seorang pekerja badan berkanun dan berkenalan dengan suspek melalui Facebook.

“Suspek menggunakan nama Facebook Nur Sya Izwani dan mereka berhubung melalui WhatsApp.

“Mangsa telah membuat bayaran dalam urusan sewaan bilik sehingga berjumlah RM3,000 melalui tujuh kali transaksi ke satu akaun pihak ketiga yang telah diberikan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mangsa menyedari dirinya telah ditipu selepas tiba di tempat sewaan bilik tersebut dan cuba menghubungi suspek tetapi nombor telefonnya tidak aktif serta tidak dapat dihubungi lagi.

Katanya, siasatan telah dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan tawaran sewaan bilik atau rumah yang murah serta menarik secara atas talian khasnya daripada laman sosial.

“Orang ramai juga dinasihati untuk segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber dan telah membuat transaksi pindahan wang.

“Semakan nombor telefon dan akaun bank suspek boleh dilakukan melalui Check Scammer Commercial Crime Investigation Department (CCID) atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan,” ujarnya.

Tambahnya, layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak untuk mendapatkan maklumat modus operandi terkini penipuan.

LAIN-LAIN BERITA

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

Lee Dong Wook kenang kisah lama

MENERUSKAN kerjaya di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri hiburan Korea Selatan bukanlah perkara mudah bagi artis baharu, termasuk Lee Dong Wook.  Dong Wook berkongsi pengalaman

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman