Trending

RM30,000 milik wanita warga emas lesap akibat ditipu tiga bomoh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang wanita warga emas di Miri terkedu apabila wang miliknya berjumlah RM30,000 lesap akibat ditipu tiga orang bomoh warga China untuk membuang nasib malang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kejadian berlaku pada 19 Jun lalu, kira-kira jam 7 pagi apabila mangsa, 80, didatangi tiga wanita memakai pelitup muka di perhentian bas di Jalan Raja, Miri.

Menurutnya, mangsa yang hendak ke kawasan senaman ketika itu ditegur oleh wanita bahawa mangsa mempunyai nasib yang tidak baik.

“Salah seorang daripada suspek mengatakan pernah berjumpa dengan mendiang suami mangsa dan kononnya menyuruh mereka mencari mangsa untuk membuang nasib malang kerana anak lelaki mangsa akan meninggal dunia dalam masa terdekat.

“Suspek kemudian menawarkan mangsa untuk berubat dengan mereka bagi membuang nasib malang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, salah seorang daripada suspek telah menghubungi kawan mereka yang kononnya berumur 100 tahun untuk meminta nasihat dan cara berubat. 

Katanya, mangsa telah diarahkan oleh suspek untuk mengambil wang simpanan berjumlah RM4,000 dan mengeluarkan sejumlah RM26,000 dari akaun banknya.

“Mangsa diarahkan untuk masuk ke dalam kereta hitam jenis tidak dikenal pasti dan disuruh mencuci tangan dan kaki di luar kereta menggunakan air botol yang dibawa oleh mereka, kononnya sudah dijampi untuk membuang nasib malang tersebut.

“Selepas mangsa mencuci tangan dan kaki, suspek menyerahkan semula barang mangsa yang dibungkus dengan surat khabar serta menyuruh mangsa beredae dari lokasi dan hanya membuka bungkusan tersebut selepas empat hari,” katanya.

Beliau berkata, kemudiannya pada 23 Jun lalu,  mangsa memanggil anaknya untuk membuka bungkusan tersebut namun mendapati ia mengandungi garam kasar dalam bungkusan plastik.

Katanya, mangsa menyedari telah ditipu dan membuat laporan polis.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru