ARTIKEL

RM350,000 bina baharu dewan serbaguna SK Kampung Pangtray

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Kerajaan Negeri melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) meluluskan peruntukan RM350,000 untuk membina baharu dewan serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangtray di sini.

Khabar gembira itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Pangtray hari ini.

Menurutnya, kemudahan itu bakal memberi lebih keselesaan kepada warga sekolah untuk mengadakan pelbagai aktiviti khususnya di luar bilik darjah.

“Permohonan kita membina dewan ini mendapat maklum balas positif pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan saya memperuntukkan RM350,000 bagi tujuan pembinaannya.

“Projek ini akan dilaksanakan tahun ini juga,” katanya.

Menyentuh program itu, Safiee memuji kerjasama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Pangtray dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menjayakan penganjurannya sehingga berjaya menarik kehadiran lebih 300 penduduk.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan RM6,000 bagi membantu PIBG SK Kpg Pangtray melaksanakan aktiviti.

Hadir sama, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, Guru Besar SK Kampung Pangtray, Buang Maharof, Penghulu Jebli Ngok, dan Ketua Kaum Kampung Pangtray, Shamshiah Saibi.

Baca lain  Pengsan tersepit pada mesin
Safiee dan Ahmad Johnie menyampaikan sumbangan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di SK Kampung Pangtray. – Foto: UKAS

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU