ARTIKEL

RM360,000 untuk tiga sekolah berstatus kerajaan di Sarikei dan Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Tiga sekolah berstatus kerajaan (SBK) di Sarikei dan Bintangor menerima peruntukan daripada kerajaan pusat melalui Kementerian Pendidikan (KPM) untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Menurut Timbalan Menteri KPM Lim Hui Ying, penerima bantuan itu termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tong Hua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua, dan SJKC Bulat.

“Saya ingin mengumumkan bahawa SJKC Tong Hua menerima peruntukan sebanyak RM140,000, SMK Tong Hua RM120,000, dan SJKC Bulat RM100,000.

“Semasa lawatan saya ke Bintangor dan Sarikei, KPM telah memperuntukkan dana yang keseluruhannya berjumlah RM360,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja ke tiga sekolah berkenaan di SJKC Bulat di sini, hari ini.

Lim menekankan bahawa lawatannya penting dalam usaha berterusan untuk memastikan sekolah di negeri ini mengekalkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan selasa untuk pelajar mereka.

Beliau melahirkan harapan agar dana yang diperuntukkan dapat digunakan sepenuhnya untuk manfaat seluruh warga sekolah.

Hadir sama Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew, Senator Ahli Dewan Negara Roderick Wong Siew Lead dan Penghulu Huang Tiong Kang yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian