ARTIKEL

RM3,700 untuk keluarga B40

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 2024 akan dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kadar minimum STR bagi golongan belia juga meningkat kepada RM500 berbanding RM350 sebelum ini.

Beliau berkata, peruntukan STR yang memanfaatkan 9 juta penerima, atau 60 peratus penduduk dewasa negara ini, meningkat sebanyak RM2 bilion bersamaan 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

“Bayaran pertama STR untuk isi rumah yang biasanya maksimum RM300 dinaikkan kepada RM500 pada tahun hadapan dan insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan.

“STR tahun hadapan juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu permohonan baharu dibuka seawal November ini dan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini, bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada Februari depan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, jumlah STR terbabit adalah sebahagian daripada RM58.1 bilion yang disediakan untuk membiayai pelbagai bentuk pemberian kerajaan kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan.

“Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan menambah baik pemberian tunai kepada rakyat melalui STR,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada 200,000 kepada 700,000 penerima selain memanjangkan tempoh bayaran iaitu RM100 sebulan bagi tempoh 12 bulan berbanding hanya enam bulan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut menyediakan RM200 juta untuk meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah termasuk pelaksanaan Jualan Rahmah dan Pasar Rahmah yang menawar insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam serta pasar tani.

“RM225 juta ringgit pula disediakan untuk membiayai kos pengedaran barangan keperluan asas seperti petrol, LPG, tepung, beras dan minyak masak ke kawasan pedalaman di bawah program Community Drumming.

“Program ini akan diperluas ke kawasan baharu antaranya di zon Abai, Sandakan, Sabah dan Engkerebai, Mukah di Sarawak,” katanya. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

BERITA TERBARU

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan