KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukkan RM40 juta bagi mengadakan acara yang berkaitan pelancongan, belia dan sukan tahun ini, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni Sarawak berkata peruntukkan terbabit sudah disediakan sejak dua tahun lepas namun tidak digunakan berikutan pandemik COVID-19.
“Peruntukan telah dikembalikan (kepada kerajaan Sarawak) tetapi tahun ini peruntukan itu akan diberikan kembali. Itu prosedur kewangan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Pembentangan Pelan Strategik Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak di sini semalam.
“Selain itu, peruntukan itu juga akan digunakan untuk penganjuran acara sukan lasak Spartan Race yang sebelum ini telah menarik ramai peserta dari negara lain,” tambahnya. — BERNAMA