ARTIKEL

RM40 juta kos sukat tanah NCR tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Tanah Adat Bumiputera (NCR) yang disukat dan diwartakan di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) ibarat sijil kelahiran yang tidak boleh dipindah milik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf dan mempertahankan hak rakyat terhadap tanah masing-masing.

Katanya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi tujuan pengukuran tanah NCR tahun ini.

“Sukatan perimeter tanah rakyat dilaksanakan sejak 1960 dan tidak pernah ditukarkan kepada tanah negeri. Dari tahun 1960 sehingga tahun 2010, sebanyak 260,000 hektar tanah disukat dengan purata seluas 5,200 hektar tanah disukat setahun,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di Dewan Serbaguna, Kampung Bobak Sejinjang, Singai Bau. Awang Tengah memberitahu, tuduhan sesetengah pihak mengatakan tanah yang diwartakan dibawah Seksyen 6 KTN ini merampas tanah NCR rakyat adalah tidak benar dan berunsur politik murahan.

Ekoran itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Bidayuh kerana tidak mempercayai dakwaan palsu bahawa sukatan dan pengukuran tanah akan menyebabkan tanah mereka dirampas.

“Saya berasa bangga dengan kaum Bidayuh kerana ramai yang datang dan mencari Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) untuk dokumentasi tanah masing-masing,” katanya.

Justeru itu, Awang Tengah menggesa kaum Bidayuh mengusahakan sepenuhnya tanah mereka sebaik sahaja mereka menerima surat hak milik tanah.

Pada majlis itu, Awang Tengah menyampaikan 582 surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 KTN kepada pemilik dari Kampung Sudoh, Kampung Atas, Kampung Bobak Sajong dan baki bagi Kampung Daun Singai.

Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais dan Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep turut hadir.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU