HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

RM400,000 naik taraf Dewan SUPP Jalan Sungai Tengah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
HARMONI...  Fadillah serta isteri Datin Ruziah Mohd Tahir turut kelihatan Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang (kanan) di Majlis Makan Malam Komuniti Tiong Hua sempena Tahun Baru Cina 2023 di Sungai Tengah, Matang Kuching semalam.

KUCHING: Peruntukan sejumlah RM400,000 disalurkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menaik taraf Dewan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Jalan Sungai Tengah, di sini, malam tadi.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya itu, dana tersebut bertujuan untuk menyiapkan kerja naik taraf fasa pertama dewan tersebut.

“Dewan ini belum siap sepenuhnya dan masih dalam fasa pertama untuk menambah baik dewan yang sedia ada.

HARMONI…  Fadillah serta isteri Datin Ruziah Mohd Tahir turut kelihatan Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang (kanan) di Majlis Makan Malam Komuniti Tiong Hua sempena Tahun Baru Cina 2023 di Sungai Tengah, Matang Kuching semalam.

“Kita perlu menembok tanah di bahagian belakang dewan. Kemudian, menambah kemudahan tandas kerana sekarang hanya ada dua, tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023 bersama-sama 15 Persatuan di kawasan Matang, di sini, pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa kerja penaiktarafan akan diteruskan lagi menerusi fasa seterusnya agar dapat menyediakan kemudahan selesa kepada penduduk setempat.

BERCAKAP… Fadillah ketika berucap pada majlis tersebut.

“Fasa kedua, kita akan cuba memasang pendingin hawa di dalam dewan ini apabila bekalan elektrik sudah siap sepenuhnya. Kita akan laksanakan kerja-kerja ini secara berperingkat.” ringkasnya.

Sementara, Fadillah merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi itu turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM45,000 kepada 15 persatuan yang berkaitan dengan setiap satu menerima RM3,000.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru