ARTIKEL

Sharbini dan Abdul Rahman serta tetamu kehormat yang lain merakam kenangan bersama dengan anak-anak yatim di Miri

RM46 juta untuk bina pencawang utama baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak Energy Berhad (SEB) berjaya mendapat kelulusan sebanyak RM46 juta bagi membina sebuah lagi pencawang utama yang baharu di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB Group, Datuk Sharbini Suhaili berkata, projek pembinaan pencawang utama yang baharu iaitu Jee Foh 33kv itu dijangka siap pada pertengahan tahun 2025.

“Peruntukan itu akan digunakan bagi menampung kos pemasangan kabel bawah tanah baharu untuk menyambung sistem agihan 11kv lama ke pencawang baharu di sekitar Miri.

“Selain itu, peruntukan yang sedia ada itu juga akan digunakan bagi melaksanakan projek penambahbaikan sistem di sekitar Miri, Marudi, dan Bekenu sehingga Niah,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama SEB di Masjid Darul Ehsan di sini semalam.

Jelasnya, SEB juga kini dalam usaha menyedia sumber tenaga elektrik berterusan dengan menyiapkan dua pencawang utama yang baharu di Miri iaitu pencawang Senadin 33kv dan pencawang Bakam 33kv.

Di samping itu, beliau juga berkata bahawa SEB akan meneruskan projek Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF).

“Projek ALAF ini merupakan salah satu daripada inisiatif untuk mencapai sasaran dalam mempercepatkan penyambungan elektrik ke seluruh Sarawak menjelang 2025.

“Sejak tahun 2018, projek ini telah berjaya menyambungkan bekalan elektrik ke 1,595 penduduk luar bandar yang terdiri daripada 54 kampung di kawasan Niah, Subis, Beluru, Lambir, Marudi, Tudan, dan Kuala Baram.

“Sementara itu, 303 buah pintu rumah meliputi 25 kampung sudah dikaji dan disasarkan untuk mempunyai penyambungan bekalan elektrik yang lengkap pada tahun ini.

“Manakala, 456 buah rumah yang meliputi 35 kampung kini sedang ditinjau,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, SEB telah menyampaikan sumbangan kepada 10 buah masjid, surau, pertubuhan Islam iaitu Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Miri (PERKAYA), dan Maahad Tahfiz An Naim.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Abdul Rahman Junaidi, dan Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang turut hadir.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.