RM5.12 juta rokok seludup dilupuskan

MIRI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Miri Sarawak melupuskan rokok seludup bernilai RM5.12 juta termasuk cukai di tapak pelupusan sampah di sini, semalam.

Pengarah Kastam Sarawak, Dato’ Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, rokok tersebut telah dirampas pada tahun 2015 dan telah pun mendapat kelulusan
pelupusan daripada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

“Sebanyak 8,940,000 batang rokok telah dimusnahkan yang melibatkan anggaran nilai sebanyak RM 865,200.

“Antara jenama rokok yang dimusnahkan adalah rokok Era Premium, rokok Era Menthol, rokok Era Ice Plus, rokok Era Full Flavor dan rokok Era Black Menthol,” katanya dalam menerusi satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Halimah mengharapkan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat sebarang aktiviti berkaitan penyeludupan barangan seperti rokok, minuman keras, mercun dan dadah supaya menghubungi talian bebas tol Kastam 1- 800-88-8855, laman sesawang aduan awam iaitu http://aduan.customs.gov.my atau mana-mana Pejabat Kastam yang berhampiran di semua negeri.