ARTIKEL

RM5 juta bina bangunan APM di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM5 juta kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu untuk membina sebuah bangunan APM tersendiri.

Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas Datuk Armizan Mohd Ali berkata, projek perintis tersebut bakal dibangunkan pada awal tahun hadapan, mengambil sekitar tiga tahun untuk disiapkan.

“Kita maklum bahawa kebanyakan pejabat APM masih menumpang di pejabat kerajaan dan syarikat tertentu.

“Maka, projek rintis ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak APM untuk memiliki pejabat tersendiri secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak di Pusat Angkatan Pertahanan Awam (PUSPA) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan harapan agar usaha tersebut dapat meningkatkan kefungsian APM selari dengan Akta Angkatan Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).

“Pada masa yang sama, kita juga mengharapkan agar Kerajaan Negeri dapat memberi sokongan untuk menjayakan usaha ini,” katanya ringkas.

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan