ARTIKEL

Anthony Loke ditemubual pemberita selepas upacara pecah tanah bangunan di SJKC Chun Yin, Titi hari ini.

RM599 harga maksimum tiket ke Sabah, Sarawak, Labuan sempena Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JELEBU, Negeri Sembilan: Kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tempoh perjalanan tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

“Memang kita ada dasar untuk semua perayaan, sama ada Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Gawai, Kaamatan dan Krismas, tiga hari sebelum raya, kerajaan akan tetapkan harga maksimum itu. Dalam Semenanjung tiada harga maksimum sebab ada mod pengangkutan lain seperti bas dan kereta api.

“Kalau yang beli awal (tiket penerbangan) mungkin dapat harga lebih murah, tapi kalau ada kekurangan tiket maka harga akan melambung. Sebarang kenaikan daripada RM599 akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah bangunan baharu bertingkat sebuah sekolah di sini hari ini.

Bagaimanapun, Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban, berkata kementerian akan meminta pandangan daripada semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengetahui tarikh sambutan sebenar Aidilfitri sebelum penetapan harga tiket itu dilaksanakan.

Baca lain  Kerajaan teruskan latihan PLKN, akan jalani latihan di Kem Tentera

“Saya difahamkan raya tahun ini mungkin Rabu (12 April) atau lebih awal, kita anggarkan tahun ini waktu puncak (orang pulang) adalah pada Sabtu (9 April) dan Ahad (10 April) sebelum raya, jadi penetapan kita mungkin pada hujung minggu tersebut, itu anggaran tapi kita kena dapatkan pandangan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah itu berkata syarikat penerbangan turut menyediakan penerbangan tambahan selain ada yang menawarkan harga tetap untuk penerbangan tertentu pada waktu malam.

“Umpamanya AirAsia, mereka ada tawarkan harga tetap yang murah untuk penerbangan pada waktu malam, hanya beberapa penerbangan khas setiap hari, itu akan dilancarkan pada Mac nanti,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

28,531 calon cemerlang UPKK

PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam semua lapan mata

BERITA TERBARU

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.