ARTIKEL

RM6,000 menanti para pemenang kejohanan futsal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Hadiah lumayan bakal menanti pemenang Kejohanan Futsal Piala Datuk Haji Len yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Mac 2024.

Pertandingan tersebut dianjurkan Pemuda PBB Kuala Rajang bersama SABERKAS Cawangan Rajang dengan kerjasama Kelab Pengadil Bola Sepak dan Futsal Sarikei.

Penganjur kejohanan berkenaan, Yazid Yusop berkata, pasukan juara akan menerima RM3000, tempat kedua RM2000 dan tempat ketiga bersama RM1000.

“Bagi menyertai kejohanan ini, yuran penyertaan adalah RM400 untuk sebuah pasukan dan terhad kepada 40 pasukan sahaja.

“Tarikh tutup menghantar penyertaan ialah pada 26 Februari depan,” katanya ketika dihubungi Arena Suara Sarawak.

Pasukan yang berminat menghantar penyertaan, boleh menghubungi dan membuat pertanyaan kepada Yazid di talian 012-8964134.

Pengelola kejohanan…Yazid Yusop

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais