ARTIKEL

RM622,000 untuk 16 rumah ibadat di Parlimen Mas Gading

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Peruntukan berjumlah RM622,000 di bawah dana Projek Mesra Rakyat 2023 disalurkan kepada 16 buah rumah ibadat Islam dan bukan Islam di kawasan Parlimen Mas Gading.

Menurut Ahli Parlimennya, Mordi Bimol, peruntukan yang disalurkan tanpa mengira agama itu adalah selaras dengan cogan kata Segulai Sejalai, dalam usaha memperkasa semangat perpaduan kaum di negara ini.

“Dalam pada itu, pihak kita turut mengalu-alukan semua persatuan atau pertubuhan di bawah kawasan Mas Gading untuk datang ke pusat khidmat di Bau dan Lundu bagi sebarang pertanyaan atau bimbingan berkaitan permohonan sumbangan atau penyediaan kertas kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyerahan cek peruntukan Projek Mesra Rakyat di Pusat Khidmat Parlimen Mas Gading di Bau, semalam.

Dalam majlis yang sama, wakil daripada setiap rumah ibadat terlibat diberikan taklimat tentang tatacara perbelanjaan peruntukan yang diterima oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Mas Gading.

Taklimat tersebut bertujuan bagi memastikan semua peruntukan yang disalurkan dibelanjakan dengan betul dan menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Mereka turut diberikan penjelasan tentang tatacara permohonan serta penyediaan laporan perbelanjaan bagi sebarang projek atau aktiviti yang melibatkan peruntukan yang diterima daripada pusat khidmat tersebut.

Untuk rekod, setiap ahli Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan diperuntukkan sebanyak RM2 juta melalui Projek Mesra Rakyat 2023. Bagi Parlimen Mas Gading, jumlah yang sudah disalurkan ini belum termasuk jumlah daripada permohonan yang masih menunggu kelulusan daripadan pihak PPN.

LAIN-LAIN BERITA

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur