RM7 juta insentif promosi produk tani

SIBU: Sebanyak RM7 juta diperuntukkan oleh kerajaan sebagai insentif pertanian kepada petani yang terlibat dalam mempromosikan produk dan aktiviti pertanian di bahagian ini pada tahun ini.

Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew berkata, beliau difahamkan oleh Jabatan Pertanian di sini, beberapa produk dan aktiviti pertanian yang dipromosikan seperti durian, cili, buah dabai, nanas, halia, kelapa, padi, perikanan, penternakan udang, pemeliharaan ayam dan itik dan lain-lain.

“Petani juga diberi insentif untuk memproses hasil pertanian untuk meningkatkan nilai tambahnya untuk eksport.

“Dana ini disalurkan dalam beberapa bentuk bantuan misalnya alatan pertanian dan sebagainya,” katanya selepas mengadakan kunjungan ke Pejabat Pegawai Pertanian Bahagian Sibu, Badin Unor di sini.

Turut serta ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Daniel Bujal, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Wong Ching Yong.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 05 Apr 2021

Suara Sarawak