HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

 RM73 juta untuk bina Kompleks Wisma Melayu Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP… Awang Tengah bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan simbolik penyerahan tapak Wisma Melayu Sarawak di Kuching, hari ini. FOTO: ALIF NONI
BERCAKAP… Awang Tengah bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan simbolik penyerahan tapak Wisma Melayu Sarawak di Kuching, hari ini. FOTO: ALIF NONI

KUCHING: Kompleks Wisma Melayu Sarawak milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Diplomatik dekat sini dibina dengan kos kira-kira RM73 juta.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek tersebut bermula selepas penyerahan tapak kepada kontraktor iaitu Naim Engineering Sdn. Bhd. semalam dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 30 bulan.

“Apabila siapnya projek ini kelak, ia akan menjadi satu lagi mercu tanda di negeri ini sekali gus menjadi simbol untuk masyarakat  bersatu bagi memastikan Sarawak terus makmur,” katanya.

Timbalan Premier Sarawak itu juga berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan simbolik penyerahan tapak Wisma Melayu Sarawak di Jalan Diplomatik dekat sini, hari ini.

Tambahnya, bangunan itu juga akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, bilik seminar, ruang terbuka, pejabat pentadbiran, taman landskap, surau serta galeri sejarah dan budaya melayu.

“Ia akan memberi manfaat kepada rakyat termasuk penganjuran acara keagamaan, persembahan kebudayaan, aktiviti sosial, ekonomi dan sebagainya,” ujar beliau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang