RM85.275 juta untuk program bekalan air

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukan RM85.275 juta di bawah Bajet 2021 untuk melaksanakan program bekalan air khususnya di kawasan luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keutamaan Kerajaan Sarawak adalah untuk memperluaskan liputan bekalan air terawat di kawasan luar bandar.

“Dengan usaha menyediakan bekalan air yang selamat ia mampu membantu dalam mempercepatkan pelaksanaan projek di kawasan ini.

“Ia termasuk melaksanakan projek paip untuk Darul Hana, menaik taraf loji rawatan air Berawan, bekalan air Long Lama (Fasa Tiga) dan lain-lain,” katanya

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Sarawak 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Abang Johari menambah kerajaan juga akan memperuntukan RM1.710 bilion di bawah Program Grid Bekalan Air untuk kawasan yang mengalami masalah air.

“Dan ia akan disediakan di bawah Inisiatif Pembiayaan Alternatif Negeri pada tahun 2021,” jelasnya.

Suara Sarawak