ARTIKEL

PROJEK UNTUK RAKYAT… Fadillah Yusof bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas meninjau kerja-kerja penstabilan tebing sungai di Tanah Perkuburan Tab Cina, Miri. Foto: Alverdtekoster Anyap

RM9.46 juta untuk 52 Projek CAKNA di Sarawak — Fadillah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI (Projek Low Hanging Fruits) di Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM9.46 juta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, projek di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) 2026 itu dijangka memberi manfaat segera kepada rakyat di negeri ini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 12 projek telah siap, 13 projek sedang dilaksanakan, manakala 27 lagi berada pada peringkat pra-pelaksanaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja penstabilan tebing sungai di Tanah Perkuburan Tab Cina, di sini, hari ini, yang merupakan salah satu Projek Cakna MADANI.

Fadillah berkata, projek penstabilan tebing sungai itu bernilai RM134,682 dan bermula pada Mei lalu, dengan skop utama melibatkan pembinaan dinding gabion sepanjang 50 meter bagi mengurangkan hakisan serta melindungi infrastruktur dan kawasan tanah perkuburan daripada risiko runtuhan.

Dalam lawatan sama, beliau turut meninjau kemajuan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Miri dan Lembangan Sungai Miri yang bernilai RM31 juta.

Katanya, projek RTB itu yang bermula pada Oktober 2023 telah mencapai kemajuan 58.11 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026, melibatkan pembinaan benteng ombak, kolam takungan, naik taraf sistem saliran, rumah pam, pintu kawalan banjir serta sistem perangkap sampah.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU