Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

RM90 juta bantu golongan berpendapatan rendah miliki rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Johari tiba di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19 FOTO GHAZALI BUJANG
Abang Johari tiba di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19
FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Sejumlah RM90 juta peruntukan Belanjawan Sarawak 2023 akan memanfaatkan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) memiliki rumah menerusi inisiatif Skim Bantuan Rumah Panjang serta Skim Deposit Perumahan dan Bantuan Bayaran Balik (HDRAS) yang akan diteruskan tahun hadapan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, selain fokus meningkatkan peluang untuk pemilikan rumah, kerajaan turut menyediakan bantuan sewa dan pembaikan rumah.

“Melalui Skim Pinjaman Rumah Panjang yang diperkenalkan sejak 2020, ia berjaya memanfaatkan 218 rumah panjang di seluruh Sarawak melibatkan 4,747 pintu dengan peruntukan RM142 juta.

“Justeru, tahun hadapan kita komited menyediakan pinjaman tanpa faedah tersebut dengan peruntukan RM50 juta,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Sarawak 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Jelasnya, skim tersebut menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM30,000 sepintu dalam bentuk bahan binaan untuk komuniti rumah panjang membina atau membaiki kediaman masing-masing.

Sementara untuk HDRAS kata Abang Johari, bantuan deposit sebanyak 10 peratus daripada harga belian atau sehingga RM10,000 kepada pembeli rumah pertama di bawah kumpulan B40 dan M40 turut akan diteruskan.

“Bagi tujuan tersebut, RM40 juta akan disediakan tahun hadapan yang dijangka bakal memanfaatkan 4,000 pembeli rumah.

“Sehingga kini, 318 pemohon telah diluluskan di bawah skim tersebut,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru