ARTIKEL

Tiong Sii mendengar taklimat sebelum menyempurnakan Projek Pecah Tanah naik taraf Jalan Nyelong By-Pass kepada empat lorong serta membina laluan baharu ke Kwong Ming Minah.

RM98 juta perkasa jaringan jalan raya Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kerajaan Sarawak memperkukuh jaringan perhubungan di Sarikei menerusi dua projek bernilai keseluruhan RM98 juta, termasuk menaik taraf Jalan Nyelong By-Pass kepada empat lorong serta membina laluan baharu ke Kwong Ming Minah.

Projek dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan rangkaian jalan raya sedia ada selain menyediakan laluan alternatif untuk mengurangkan tekanan trafik, terutama di Jalan Repok.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii, berkata, kerja menaik taraf Jalan Nyelong By-Pass melibatkan jajaran sepanjang 3.6 kilometer, daripada konfigurasi dua lorong satu hala berstandard JKR R3 kepada jalan empat lorong dua hala berstandard JKR U5, dengan peruntukan RM86 juta.

“Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan meningkatkan kesalinghubungan di Sarikei, sekali gus memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat setempat.

“Selain melancarkan pergerakan penduduk dan pengguna jalan raya, pembangunan infrastruktur ini turut dijangka menjadi pemangkin kepada perubahan landskap pembangunan daerah Sarikei selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan di Jalan Alamanda, di sini, semalam.

Katanya, projek yang dilaksanakan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan (MIPD) Sarawak dengan JKR sebagai agensi pelaksana itu akan meningkatkan kelancaran perjalanan dari kawasan sekitar ke pusat bandar Sarikei serta menghubungkan laluan menuju Tanjung Manis.

“Pada masa sama, jalan baharu menghubungkan Nyelong By-Pass dengan Kwong Ming Minah sepanjang kira-kira dua kilometer dan rizab jalan 25 meter akan dibangunkan dengan kos RM12 juta di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA),” katanya.

Projek itu turut dijangka membantu melancarkan pergerakan kenderaan di sekitar SMK Tinggi Sarikei ketika waktu puncak.

Dalam pada itu, sebanyak RM5.32 juta pampasan sudah disalurkan kepada pemilik tanah, membabitkan 28 daripada 29 bidang tanah berhak milik yang diperlukan untuk tujuan pengambilan tanah projek.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU