Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Robert Saweng berikrar ubah taraf hidup rakyat di Bukit Goram

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KAPIT: Calon Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) di DUN Bukit Goram, Robert Saweng berikrar untuk mengubah taraf hidup penduduk di kawasan ini jika diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri Ke-12, yang akan diadakan esok.

Katanya kawasan Bukit Goram bukan sahaja ketinggalan dari segi arus pembangunan, malah taraf kehidupan penduduk juga masih mundur.

“Saya mahu mengubah taraf kehidupan penduduk di sini menerusi ekopelancongan dengan mengetengahkan budaya dan keunikkan rumah-rumah panjang di Kapit khususnya di Bukit Goram,” katanya ketika ditemu-bual, hari ini.

Selain itu, Robert berkata akan meningkatkan liputan telekomunikasi yang kini sangat teruk.

“Sekarang heboh diperkatakan arus 5G di Sarawak tetapi di sini (Bukit Goram) 4G pun susah,” katanya.

Beliau menambah, satu lagi isu yang tidak pernah selesai adalah jalan raya yang menghubungkan pekan dan kampung sekitarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru