ARTIKEL

Fahmi (dua kiri) menyampaikan sumbangan bantuan kepada Rocky Din, 75 (kanan), pada program Ziarah Seni Madani FINAS di sini semalam.

Rocky Din terharu, sedia rakam semula lagu ikonik ‘Marilah Mengundi’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUTTERWORTH, Pulau Pinang: Seniman era 60-an, Rocky Din atau nama sebenarnya Mohd Hashim Sharif, meluahkan perasaan gembira dan terharu apabila lagu ikoniknya, terutamanya ketika musim pilihan raya ‘Marilah Mengundi’, bakal dirakam semula untuk diberikan nafas baharu.

Rocky, 75, berkata beliau bersedia untuk merakam semula lagu yang popular di tanah air pada bila-bila masa susulan jemputan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kerana lirik dan melodinya sentiasa diingatinya, malah juga oleh rakyat Malaysia hingga kini.

“Pencipta lagu tersebut, Johari Salleh, memberi saya masa dua minggu untuk berlatih dan sewaktu saya merakam lagu itu dahulu, saya cuma memerlukan 10 minit sahaja.

“Saya berbesar hati dengan undangan ini (merakam semula) dan setiap kali waktu mengundi, saya rasa seronok bila lagu ini menjadi fenomena semula,” katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan Ziarah Seni MADANI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) daripada Fahmi di sini semalam.

Rocky Din, yang pernah diserang strok empat tahun lepas, berkata keadaan kesihatannya bertambah baik, meskipun terpaksa berkerusi roda untuk bergerak.

“Alhamdulillah, dengan kesihatan yang semakin baik, saya masih boleh meneruskan aktiviti seni dan menyanyi menghiburkan orang ramai pada setiap Jumaat hingga Ahad, di sebuah restoran di sini,” katanya.

Lagu ,Marilah Mengundi, nyanyian Rocky Din, mula diputarkan sejak 1978 setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) dan masih popular hingga kini.

Sementara itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi akan meminta RTM menjemput Rocky Din bagi rakaman semula lagu itu untuk mengembalikan semangat keluar mengundi pada musim pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 6 Julai nanti.

“Harapan saya agar generasi baharu, para pengundi dan anak-anak muda akan dapat mendengar olahan baharu lagu ini, agar ia terus menjadi halwa telinga dan pencetus kepada orang ramai untuk keluar mengundi bagi menunaikan kewajipan mereka,” katanya.

Terdahulu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada tiga petugas media yang sedang diuji dengan masalah kesihatan di Pulau Pinang.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, dan Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang, Iskandar Othman. – BERNAMA

BERITA LAIN

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.