ARTIKEL

Gambar hiasan

Roda pesawat Boeing tercabut semasa berlepas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LOS ANGELES: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum mendarat dengan selamat di Denver, lapor United Press International (UPI).

Penerbangan United 1001 yang membawa 174 penumpang dan tujuh anak kapal, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver tanpa sebarang insiden selepas melakukan pendaratan kecemasan.

Kru telah menemukan roda yang tercabut dari bahagian belakang pesawat di Los Angeles.

Juruterbang lain menghubungi kawalan trafik udara untuk memaklumkan bahawa roda pesawat itu bergolek di landasan selepas pesawat United berlepas.

Ini merupakan kali kedua dalam tahun ini penerbangan United Airlines berhadapan dengan masalah tayar tercabut.

Pada Mac, tayar pesawat Boeing 777 United tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Walaupun pesawat itu mendarat dengan selamat di Los Angeles, tayar yang tercabut itu merosakkan banyak kenderaan di tempat letak kereta di San Francisco. – BERNAMA-UPI

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja