ARTIKEL

ROGOL… Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, oleh anggota polis.

Rogol kanak-kanak, buruh dipenjara 22 tahun, 5 sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun di sebuah bangunan, dua tahun lalu.

Hakim Saiful Bahari Adzmi menjatuhkan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pembelaan kes hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol kanak-kanak berusia 14 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah taman di hadapan sebuah bangunan di Petra Jaya, sekitar jam 12 tengah hari dan 5 petang, 10 November 2022.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan amang seksual dengan menyuruh mangsa menghisap kemaluannya di sebuah rumah tidak bernombor beralamatkan Kampung Wawasan Jaya, di sini, kira-kira jam 10 malam, pada 10 November lalu.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017, sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa menerima rawatan di sebuah hospital kerana sakit di bahagian perut dan semasa ditanya doktor mengenai kesakitan yang dia alami, dia mengaku dirinya telah dirogol.

Selepas mengetahui kejadian tersebut, kakak mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penahanan tertuduh pada 8 Disember 2022 di sebuah kampung.

Hasil siasatan, tertuduh telah merogol mangsa sebanyak dua kali di sebuah taman di belakang sebuah bangunan selain melakukan amang seksual.

Selain itu, laporan perubatan mangsa mengesahkan terdapat koyakan pada selaput dara disebabkan penembusan objek tumpul termasuk zakar.

Seramai tujuh orang saksi dipanggil sepanjang pembelaan kes termasuk doktor, mangsa dan tiga pegawai polis.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fauzan Zamri memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana mengambil kira berat kesalahan, kepentingan awam dan trauma yang dialami mangsa.

BERITA LAIN

Pesta Kaul Oya 2024 berlangsung 19-21 April

DALAT: Jawatankuasa Pesta Kaul Oya 2024 akan menganjurkan pesta tersebut pada 19 hingga 21 April ini dengan tema ‘Berkaul, Bergaul dan Beriadah’. Menurut satu kenyataan

BERITA TERBARU

Pesta Kaul Oya 2024 berlangsung 19-21 April

DALAT: Jawatankuasa Pesta Kaul Oya 2024 akan menganjurkan pesta tersebut pada 19 hingga 21 April ini dengan tema ‘Berkaul, Bergaul dan Beriadah’. Menurut satu kenyataan

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model