ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Sesyen 4.

Rogol kekasih bawah umur: Pemuda dipenjara 10 tahun, tiga sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang lelaki tempatan kerana merogol kekasihnya bawah umur berusia 11 tahun.

Tertuduh berusia 26 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu dalam bilik tidur di sebuah rumah di Lundu, sekitar jam 2 petang, 11 Mei lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, pada 11 Mei lalu, sekitar jam 3 petang, pengadu merupakan bapa mangsa melihat seorang lelaki tidak dikenali berada di beranda rumah bersama anak perempuannya.

Pengadu bertanya kepada tertuduh apakah yang sedang dia buat di rumahnya?

Tertuduh hanya menyatakan dirinya sedang menjaga mangsa, seterusnya beredar menggunakan sebuah motosikal.

Kerana tidak puas hati dengan jawapan yang diterima, pengadu kemudian mendesak mangsa menceritakan hal sebenarnya.

Kemudian, mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks dengan tertuduh di dalam bilik tidurnya.

Laporan polis dibuat untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa tertuduh telah merogol mangsa selepas berborak dengan mangsa selama 30 minit dengan mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Selain itu, hasil pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat koyakan dalam kemaluan mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fauzan Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke