HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Rogol remaja OKU, warga asing dipenjara 15 tahun dan 15 sebatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 3 oleh anggota penjara di sini, hari ini.

KUCHING: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan rakannya berusia 14 tahun yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Tertuduh Mus Muliadi, 40, dari Sangat Raas, Indonesia, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Sekyen 376(2) Kanun Keseksaan kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun 10 bulan dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan.

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 3 oleh anggota penjara di sini, hari ini.

Manakala, pertuduhan kedua mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017, dia didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh kemaluan mangsa yang sama dan menerima hukuman penjara lapan tahun serta lima sebatan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukannya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Suba Buan, kira-kira jam 3 petang, 4 Oktober lalu.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan secara serentak.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang