SRI AMAN: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) dan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar menganjurkan Jerayawara Projek Jelapang Padi di Tapak Projek SMART-SBB, Tanjung Bijat pada Isnin.
Program ini bertujuan melihat perkembangan dan pencapaian dalam usaha mencapai tahap kemandirian beras sebanyak 75 peratus.
Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, program Smart-SBB melibatkan 124 pesawah dengan kawasan seluas 37 hektar kini dijalankan dengan teliti menggunakan benih MR269.
Benih padi ini, boleh menyasarkan penghasilan 4.5 tan metrik beras setiap tahun.
“Program Smart-SBB melibatkan 79 pesawah yang dikelola oleh Bernas Pupa juga menggunakan benih MR269”, katanya semasa ditemui pada jerayawara tersebut.