Rokok, minuman keras antara barang berjaya disita Kastam Sarawak

BINTULU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menyita sebanyak 5.38 juta batang rokok, 3,890.88 liter minuman keras pelbagai jenama, sebuah lori berkunci dan satu unit kontena dengan anggaran nilai sebanyak RM4,559,348.31, Jumaat lalu.

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha, berkata pihaknya melakukan intipan dan memantau sebuah gudang usang tidak bernama di Jalan Sungai Nyigu, di sini.

“Hasil pemeriksaan rapi menjumpai sejumlah rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak lulus kastam di dalam setor sebuah gudang.

Selain itu, sebuah kontena dan sebuah lori lock van yang berada di dalam gudang tersebut juga mengandungi sejumlah rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak lulus kastam,katanya.

Suara Sarawak