ARTIKEL

Minuman keras dan rokok pelbagai jenama berjaya dirampas di salah satu premis di Permy Technology Park sempena Op Kontraban

Rokok, minuman keras tanpa cukai dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan penjualan rokok dan minuman keras tanpa cukai di sebuah premis di Permy Technology Park, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 Miri dalam Op Kontraban pada 2 April lalu sekitar 10.30 pagi.

“Keseluruhan nilai barang rampasan itu dianggarkan berjumlah lebih kurang RM312,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Ekoran itu katanya, kes diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) untuk siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1957.

Pada masa sama, Alexson menasihati orang ramai untuk tidak terlibat atau bersubahat dalam aktiviti pembelian dan penjualan barangan tanpa cukai.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

BERITA TERBARU

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,