ARTIKEL

Rokok, minuman keras tidak bercukai dirampas di Niah Land District

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM308,127.12 berjaya dirampas dalam operasi Op Taring Kontraban yang dijalankan, semalam.

Operasi serta serbuan yang dijalankan oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah bangunan rumah kediaman dua tingkat di Niah Land District, di sini itu turut menahan seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, serbuan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota PGA Miri pada jam 8 pagi itu turut menemui pelbagai jenis rokok serta minuman keras yang disimpan di premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan di dalam premis berkenaan menemui pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang dipercayai tidak bercukai dan seorang lelaki berusia 32 tahun gagal mengemukakan dokumen sah pemilikan barangan tersebut daripada pihak kastam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sebanyak 527 karton rokok putih berjumlah 104,800 batang, 361 karton rokok kretek mengandungi 43,360 batang serta 316 kotak bersamaan dengan 2493.24 liter minuman keras telah dirampas.

Menurut Alexson, pasukan serbuan kemudian bertindak menahan lelaki tersebut bersama kesemua barang rampasan yang berjumlah RM308,127.12.

Kesemua barang rampasan dan tangkapan kemudian diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau mendedahkan bahawa modus operandi barang-barang tersebut disimpan di dalam rumah dan seterusnya dihantar ke kedai-kedai kecil di kawasan Batu Niah dan ladang-ladang sawit di sekitar kawasan tersebut.

Hasil rampasan minuman keras dipercayai tanpa cukai diseludup di sebuah rumah di Niah

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim