Trending

Rokok seludup bernilai RM17,800 dirampas di Selangau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Polis merampas rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup hasil pemeriksaan ke atas sebuah stor kedai di Selangau, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias berkata kesemua rokok tersebut dianggarkan bernilai RM17,800.

“Ketika diperiksa, pemilik stor gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi menunjukkan bahawa rokok itu mempunyai duti cukai Kastam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah pasukan serbuan turut menahan seorang lelaki warga emas berusia 71 dipercayai pemilik kedai itu.

Muhamad Rizal berkata kesemua rampasan dibawa ke Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Semua rampasan dibawa ke Balai Polis Mukah untuk tindakan lanjut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru