Trending

Rokok,minuman keras yang diseludup berjaya dirampas di Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu merampas pelbagai jenis rokok putih dan kretek serta minuman keras dipercayai barangan seludup dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai RM83,484.72 dalam serbuan Op Landai di sebuah deretan rumah sewa, Batu 5, Jalan Bintulu – Miri, di sini, pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 5 Bintulu, ASP Ezuandi Haji Bahadin berkata rampasan hasil maklumat risikan sepasukan anggota PPM Wilayah 5 Bintulu diketuai Inspektor Salleh serta lima anggota PPM Wilayah 5 Bintulu.

Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 8.30 malam, 23 September lalu, anggota PPM Wilayah 5 Bintulu merampas sejumlah 586 karton mengandungi 107,720 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenis bernilai RM78,204.72.

Turut dirampas 44 karton minuman keras dan bir pelbagai jenis bernilai RM5,280.

“Hasil pemeriksaan dalam stor di sebuah deretan rumah sewa yang terletak di Batu 5, Jalan Bintulu – Miri menemui pelbagai jenis rokok putih dan kretek serta minuman keras dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai RM83,484.72, ujarnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semasa serbuan, Ezuandi berkata anggota PPM terbabit turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang merupakan penjaga stor untuk disoal siasat berhubung kes itu sambil menambah kes akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana kesalahan memiliki, menyimpan dan menjual barang tanpa kelulusan Kastan(tanpa cukai).

Tambahnya lagi, kes diserah kepada pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu untuk tindakan lanjut.

 

Anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu bersama barangan rampasan dan penjaga stor yang ditahan dalam Op Landai di sebuah di sebuah deretan rumah sewa, Batu 5, Jalan Bintulu – Miri, pada Rabu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru