KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berjaya mempertahankan kerusi Tarat dengan memperoleh majoriti 5,008 undi.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, Sagah memperoleh 6,500 undi.
Beliau menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dadi @ Tiap Juul (1,492 undi), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Christo Michael (1,445 undi), Parti Bumi Kenyalang (PBK) Edision Jamang (1,182 undi) dan calon bebas Bai Dungak @ Udin Dungak yang meraih 169 undi.