Trending

Rompak guna samurai, penganggur dipenjara enam tahun, tiga sebatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Padah merompak sebuah kedai runcit bersenjatakan sebilah samurai, seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh Mohamad Annuar Mustapha, 38, yang juga mengambil wang tunai RM150 dan seunit pemetik api, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 kanun yang sama oleh jurubahasa di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merompak sebuah kedai runcit di Jalan Sultan Tengah, sekitar jam 8.30 malam, 3 Mac lepas, menggunakan sebilah samurai dan mengambil wang tunai berjumlah RM150 serta seunit pemetik api.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 4 Mac lepas.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa lelaki berusia 38 tahun sedang menjaga di kaunter pembayaran tiba-tiba didatangi tertuduh lalu mengacukan sebilah samurai kepadanya.

Tertuduh memaksa mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM150 dan seunit pemetik api, sekiranya enggan berbuat demikian tertuduh mengugut hendak menetak mangsa.

Selepas itu, tertuduh melarikan diri menggunakan sebuah kereta kompak.

Mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh sehari selepas kejadian.

Hasil siasatan, mangsa dapat mengecam tertuduh melalui kawad cam kerana melihat wajah tertuduh dengan jelas yang tidak menutup wajahnya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh  oleh Timbalan Pendakwa Raya iaitu Iezzah Iburdanisha Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru