ARTIKEL

Ronaldo bintang bola sepak pertama masuk Buku Rekod Dunia Guinness 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Cristiano Ronaldo atau CR7 menjadi pemain bola sepak pertama masuk daftar Buku Rekod Dunia Guinness kerana berjaya muncul 200 tampilan mewakili pasukan kebangsaan negaranya di peringkat antarabangsa. 

CR7 tampil mewakili Portugal berdepan Iceland dalam perlawanan kelayakan Piala Eropah 2024 di Laugardalsvollur, awal pagi Rabu. 

Mencipta sejarah baharu, Kapten Portugal itu menerima anugerah khas daripada Buku Rekod Dunia Guinness sebelum permainan bermula. CR7 muncul 200 kali di peringkat antarabangsa sepanjang 19 tahun dan 304 hari sejak penampilan pertamanya, serta menyumbang 123 gol untuk Portugal. 

Pada perlawanan tersebut, CR7 turut mencetak gol menentang Iceland. 

Bintang al-Nassr itu berjaya menjulang juara Piala Eropah dan Liga Negara UEFA untuk negaranya.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP