ARTIKEL

Ronaldo hadiahkan ibunya Porsche baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MADEIRA: Cristiano Ronaldo mengakhiri tahun 2023 dengan menghadiahkan sebuah kereta Porsche sempena hari lahir ibunya pada malam tahun baharu.

Ibu Ronaldo, Dolores Aveiro yang berusia sudah 69 tahun dan bintang Portugal itu terbang pulang ke kampung halaman di Madeira untuk meraikan majlis ulang tahun tersebut.

Cristiano Ronaldo Jr iaitu anak lelaki Ronaldo menunjukkan kepada neneknya Porsche sebelum Dolores dilihat menahan sebak selepas menyedari kereta itu diberikan kepadanya.

Kereta Porsche dibalut dengan reben merah besar dan ibu Ronaldo terharu sambil memeluk cucunya sebelum masuk ke dalam kereta buat kali pertama.

Dia kemudian ditunjukkan secara ringkas bagaimana kereta baharu itu berfungsi, manakala Ronaldo sendiri dan keluarga, menonton dari dalam garaj.

Ibu Ronaldo sentiasa memberikan sokongan kepada anaknya sepanjang kerjaya profesional bintang bola sepak tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim