PEMOTONGAN gaji RM18.74 juta akibat Covid-19 langsung tidak memberi kesan kepada bintang Juventus, Cristiano Ronaldo. Ini kerana kapten skuad Portugal itu masih aktif memperoleh pendapatan AS$1 bilion (RM4.32 bilion).
Hasil gaji dan kontrak periklanan yang lumayan, Ronaldo dijangka akan menyertai bintang golf legenda dunia, Tiger Woods dan peninju ternama, Floyd Mayweather dalam mencapai angka berkenaan bagi musim 2019- 20.
Ronaldo, bukan sahaja meraih pendapatan tertinggi di dunia, dia juga menjadi individu paling laku dalam pemasaran sukan.
Ronaldo meraih 88 juta pound (RM471.16 juta) tahun lalu hasil gaji Juventus dan perjanjian penajaan, termasuk kontrak dengan Nike dan jenamanya pakaian dalamnya sendiri CR7.
Jumlah itu adalah kedua tertinggi di belakang seterunya Lionel Messi yang meraih 103 juta pound (RM551.51 juta).
Dalam sukan bola sepak, Ronaldo bakal menjadi pemain pertama mencecah pendapatan AS$1 bilion, selepas sukan golf dan tinju.
Yang pasti, sumber pendapatan Ronaldo bukan hanya di padang bola, tetapi di luar padang bola.