CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Ronaldo sujud raikan jaringan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
RONALDO... Bangga dengan semangat rakan-rakan.

CRISTIANO Ronaxldo bangga melihat perjuangan Al Nassr ketika meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Al Shabab dalam saingan Liga Pro Arab Saudi di Stadium Al Awal Park. Ronaldo menjaringkan gol kemenangan Al Nassr pada minit ke-59 sekali gus mengekalkan peluang perebutan kejuaraan liga.

“Saya sangat gembira.

Pasukan memberikan permainan yang hebat. Ketinggalan dua gol adalah situasi yang sangat sukar, tetapi kami yakin sehingga tamat permainan dan boleh menjaringkan tiga gol.

“Jadi, tahniah kepada semua orang dalam pasukan, peminat juga luar biasa dan kami sangat gembira,” ujar Ronaldo.

Bukan sahaja gol Ronaldo menjadi tumpuan, malah sambutan gol pemain berusia 38 tahun itu juga meraih perhatian apabila menukar sambutan yang biasa dilakukannya iaitu ‘siuuu’ kepada sujud.

Kebiasaannya, cara meraikan gol sebegitu hanya dilakukan oleh pemain bola sepak beragama Islam termasuk bintang Liverpool Mohamed Salah.

Ronaldo turut menyatakan kepercayaannya bahawa Liga Pro Saudi akan menjadi salah satu liga bola sepak terbaik di dunia. “Kami jauh lebih baik.

Baca lain  Pingat gangsa menerusi acara cakera

Saya rasa Liga Saudi semakin baik dan musim depan akan lebih baik. Secara beransur-ansur liga ini akan menjadi lima liga terbaik dunia,” kata Ronaldo.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru