PENYANYI pop Ireland Ronan Keating kembali menghiburkan peminat di Arena of Stars Genting Highlands.
Konsert Ronan yang terkenal dengan lagu When You Say Nothing At All diadakan pada Ogos depan.
Ronan yang juga merupakan penyanyi utama kumpulan Boyzone pada awal 90-an dahulu membawa lagu nostalgia pada konsert tersebut.
Selain itu, dia berjaya melakar nama sebagai pemuzik Ireland paling berpengaruh bahkan menjadi pengurus kepada kumpulan Westlife yang sangat dikenali di peringkat global.
Sebanyak lebih 20 juta rekod albumnya yang berjaya dijual di seluruh dunia dan 25 juta rekod lagi albumnya bersama kumpulan Boyzone.