Ronnie Teo terajui KDJA
KUCHING: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) kini dipimpin oleh wajah baharu iaitu dari Borneo Post yang dilantik sebagai Pengerusi untuk penggal 2021 hingga 2023 dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) di Hotel Imperial, di sini, hari ini.Sehubungan itu, Zulazhar Sheblee dari The Star dilantik sebagai Naib Presiden dan Firdaus Arasy Idris dari RTM kekal sebagai Setiausaha dan akan dibantu oleh Nurashikin Louis dari New Sarawak Tribune yang baharu sahaja dilantik sebagai Pembantu Setiausaha.

Manakala, jawatan Bendahari disandang oleh Kelly Chong dan akan dibantu Zaphne Philip yang dilantik sebagai Timbalan Bendahari.

Dalam pada itu, menerusi mesyuarat tersebut juga KDJA melantik wajah baharu di bawah jawatankuasa eksekutif (exco) untuk penggal 2021 hingga 2023.

Antara exco tersebut adalah Sharon Kong, Chong Jenna, Farah Diana Shamsuddin, Siti Nurain Ratani, Jeeridyne Chan, Voon Chia Yung dan Rynna Sha’erra Mindew.

Sementara itu, mantan Pengerusi KDJA Jacqueline Nur Atiqah Abdullah akan berperanan sebagai Penasihat manakala Edmund Chang sebagai Juruaudit.

Menurut kenyataan KDJA, sejak penubuhan pada tahun 1972 yang lalu KDJA kini mempunyai 380 ahli yang berperanan untuk menjaga kebajikan pengamal media dan meningkatkan profesionalisme media di bahagian Kuching.

Selain itu, aktiviti sebelum ini juga agak terhad susulan berlaku pandemik Covid-19 tetapi hubungan dengan sektor kerajaan dan swasta tetap diteruskan untuk program yang akan datang.

Suara Sarawak