ARTIKEL

Rookies Cup: Pelumba muda negara tempat kedua belakang Sepanyol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Litar Jerez, pelumba berusia 17 tahun itu menduduki tempat kedua dengan perbezaan 0.006 saat (s) di belakang pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe yang mencatat masa 25 minit 40.711saat (s) untuk menyambar tempat pertama.

Tempat ketiga menjadi milik Brian Uriarte dari Sepanyol dengan perbezaan masa 0.74s.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Muhammad Hakim Danish meningkat ke kedudukan kelima carta keseluruhan pelumba dengan mengumpul 27 mata selepas menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kesembilan.

Muhammad Hakim Danish menzahirkan rasa gembira kerana mampu memperbaiki kesilapan yang dilakukan pada perlumbaan 1 kelmarin.
“Hampir dapat tempat pertama, permulaan agak baik walaupun trek licin, namun saya dapat rentak kembali dan kejar Alvaro. Alhamdulillah dapat tempat kedua.

“Saya menantikan perlumbaan seterusnya, saya akan perbaiki kesilapan,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi ZK Racing semalam. — BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri